Wednesday, October 14, 2009

Assalamualaikum

Kepada semua MUC 95 - 99, di bawah ni adalah tentatif program dan maklumat untuk program tautan kasih.

Kepada yang berminat untuk menjadi AJK Makanan dan Penginapan Lelaki/Perempuan, sila maklumkan di sini (di ruang komentar) atau hubungi Saudara Azlan Kamal

Tajuk : Malam Tautan Kasih.
Tarikh : 21- 22 November 2009 (Sabtu & Ahad),

1. Tarikh Tutup : 13 Nov. 09 (Jumaat).
2.
Bayaran : RM 95.00 Seorang. (termasuk hotel & dinner)
Maklumat Pembayaran

Sila bank in kepada Akaun Azlan Kamal dan message Nama anda kepada beliau untuk keep track pembayaran
- Bank Islam 14023020129439 – Azlan Kamal

Maklumat lanjut, sila hubungi AJK program :

Pengarah Program : Hafez Ardzi
Setiausaha Kerja : Azlan Kamal
AJK Penginapan : Lelaki – TBC
Perempuan – TBC
AJK Makanan : TBC
AJK Trafik : Ahmad Nabil Bakri

Sila sebar2kn kpd sahabat2 yg lain pasal program alumni kali ke-2 ni.

jemputan perkahwinan anas lutfi

Lps kenduri umah faiz 24hb, minggu dpn nye pulak anas lutfi pnye umah pulak.. jemput pd sume sama2 memeriah kn majlis ini n menikmati juadah yg ade... sila2..

tarikh: 1 november 2009
tempat: 6995, jln 18, tmn selayang baru... (kalo x sure sile2 la tgk map kt atas tu)
masa: 12 tgh - 4 ptg

jemputan perkahwinan faiz afsal...


Ade lg yg nk tukar status ni.. heh.. di jemput la pd sume utk hadir ke majlis encik faiz ni.. mknan disediakn jgn riso... butiran spt berikut la...


tarikh: 24 Oktober 2009

tempat: dewan orang ramai, jln jaafar tahar, rapat setia, ipoh

masa: 12 tgh - 5 ptg


nk kepastian blh la klik dkt attachment tu...

Friday, October 9, 2009

Jemputan ke Majlis Perkahwinan Jamaliah @ Lily pd 11 OCT 2009

DIJEMPUT KEPADA SEMUA UTK HADIR KE MAJLIS PERKAHWINAN KWN KITE, LILY (BATCH 95-97 - LPS PMR DIA CABUT).....HARAP SEMUA X-STUDENT MUC MEMERIAHKAN MAJLIS (JGN BW BDAN JE - BW LA APE YG PATUT..HEH):

* Tarikh : 11 OCT 2009 (Sabtu)
* Masa: 12.00 tgh - 4.00 ptg
* Alamat: TGK PETA...
* CONTACT: LILY 012-6882214; ABG LILY 012-6960249; EDY (ADIK LILY) 017-6416512

Thursday, October 8, 2009

KEBIADAPAN JAG DAN SIS

LAPORAN AKHBAR ISU JAG & SIS

Disalin dari YDP ABIM Perak

IPOH, 3 Okt: Beberapa pertubuhan Islam bukan kerajaan di negeri ini menuntut Sisters In Islam dan pertubuhan lain yang mahu hukuman syariah dihapuskan, disiasat kerana menghasut.

Ketua Penyelaras Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Perak, En.Adham Jamallulail Ibrahim, yang juga antara peguam yang dilantik oleh Kartika Sari Dewi binti Haji Shukarno, menuntut Sisters in Islam dan pertubuhan terbabit disiasat kerana menghasut melalui tuntutan mereka dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak. "Tindakan Sisters in Islam dan pertubuhan-pertubuhan terbabit sangat biadap kerana tindakan tersebut menghasut dan mencabar kuasa raja-raja Melayu kerana syariah ialah bidang kuasa raja-raja," katanya selepas membuat satu laporan polis terhadap kumpulan terbabit di balai polis di sini.

"Sisters in Islam sudah bersikap biadap dan melampau kepada umat Islam dan hukum syariah yang telah ditetapkan. Tindakan mereka juga adalah satu usaha menghina dan memperkecil-kecilkan undang-undang syariah yang sedia ada," katanya lagi.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Perak, Tuan Haji Suhaimi bin Latip menegaskan semua pihak yang terlibat menarik balik kenyataan mereka dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini."Merujuk kepada Enakmen Pentadbiran Ugama dan Adat Resam Negeri Pahang 1982 (Pindaan 1987) adalah di bawah kuasa Mahkamah Syariah yang diperkenankan Sultan Pahang. Menghina undang-undang syariah adalah bererti menghina Sultan Pahang.Menurutnya, kumpulan terbabit "hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah, kononnya hukuman itu kejam, menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia yang kononnya mereka perjuangkan, sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita"Kita juga menuntut penganut agama lain tidak mencampuri dan mempertikaikan urusan agama Islam," katanya kepada pemberita di Ipoh.

Sisters and Islam dan kumpulan lain yang membentuk Jawatankuasa Tindakan Bersama bagi Kesamarataan Gender (JAG), dalam memorandum bertajuk Keadilan untuk Kartika kepada perdana menteri pada 25 Ogos lalu menggesa kerajaan menilai semula hukuman sebat yang didakwa mencabul prinsip hak asasi manusia antarabangsa.

Kumpulan itu menegaskan, keputusan mahkamah menjatuhi hukuman rotan ke atas Kartika "menjejaskan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam moderat." Menurut memorandum itu lagi, hukuman itu menyebarkan lagi kepercayaan bahawa Islam ialah agama yang mendiskriminasi wanita.

Kumpulan itu juga membuat satu kenyataan bersama 30 September lalu mempersoalkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang mengaku bersalah meminum arak.
JAG yang ditubuhkan di tengah-tengah kekecohan berhubung isu sebat Kartika disertai Sisters in Islam, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Persatuan Tindakan Wanita (Awam), Pusat Wanita bagi Perubahan, Pulau Pinang (WCC), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam).

Dalam kenyataan bertarikh 30 September itu, JAG menuntut supaya "kerajaan persekutuan dan negeri menjalankan semakan menyeluruh ke atas semua undang-undang berhubung kesalahan-kesalahan jenayah syariah" dan mempertimbangkan untuk membatalkan undang-undang tersebut.

JAG juga mendakwa hukuman sebat berdasarkan undang-undang syariah sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah.

Kenyataan itu juga turut mengaitkan hukuman sebat Kartika itu dengan amalan pembakaran balu dalam agama Hindu.

Timbalan Yang Dipertua Jemaah Islah Malaysia (JIM) Cawangan Perak, En Megat tindakan JAG dan SIS didakwa melampau, berniat jahat terhadap undang-undang syariah dan biadab. Beliau menyifatkan pihak yang terlibat itu sebagai bersikap selektif dalam kritikan mereka berkaitan hak asasi manusia. Untuk penjelasan yang jelas, kami Pertubuhan Islam di Perak tidak keberatan untuk mengadakan program yang lebih sihat dan terbuka kepada semua kaum seperti berdebat atau forum secara ilmiah mengenai isu hukum syariah di Negara Malaysia.

Sebanyak 10 pertubuhan Islam berkenaan ialah Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Negeri Perak, Angkatan Belia Islam Malaysia Perak (ABIM), Jemaah Islah Malaysia Negeri Perak (JIM), Wadah Pencerdasan Ummah Negerai Perak (WADAH), Malaysia Chinese Muslim Association negeri PERAK (MACMA), Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP),Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Perak (PUM) Pertubuhan Informasi Islam Negeri Perak, HELWA ABIM Perak dan AJK Masjid Aulia.

Sunday, September 27, 2009

SALAM AIDILFITRI..

rakan2 seperjuangan..mohon maaf atas segala keterlanjuran sepanjang kami menerajui pimpinan class of MUC 95-99..saya berhasrat untuk bertemu sahabat2 untuk mempelawa sahabat2 untuk hadir bersama2 pada pertemuan malam tautan ukhuwah seperti di dalam iklan yang telah saya pamerkan..moga Allah merestui persahabatan kita, dan moga2 Allah dapat merapatkan ukhuwah dan silaturrahim kita sepanjang pertemuan kita dahulu dan kini..jazakallahukhairan kathiro. saya dan keluarga mohon maaf dan mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin...hafez ardhi

Thursday, August 13, 2009