Wednesday, October 14, 2009

Assalamualaikum

Kepada semua MUC 95 - 99, di bawah ni adalah tentatif program dan maklumat untuk program tautan kasih.

Kepada yang berminat untuk menjadi AJK Makanan dan Penginapan Lelaki/Perempuan, sila maklumkan di sini (di ruang komentar) atau hubungi Saudara Azlan Kamal

Tajuk : Malam Tautan Kasih.
Tarikh : 21- 22 November 2009 (Sabtu & Ahad),

1. Tarikh Tutup : 13 Nov. 09 (Jumaat).
2.
Bayaran : RM 95.00 Seorang. (termasuk hotel & dinner)
Maklumat Pembayaran

Sila bank in kepada Akaun Azlan Kamal dan message Nama anda kepada beliau untuk keep track pembayaran
- Bank Islam 14023020129439 – Azlan Kamal

Maklumat lanjut, sila hubungi AJK program :

Pengarah Program : Hafez Ardzi
Setiausaha Kerja : Azlan Kamal
AJK Penginapan : Lelaki – TBC
Perempuan – TBC
AJK Makanan : TBC
AJK Trafik : Ahmad Nabil Bakri

Sila sebar2kn kpd sahabat2 yg lain pasal program alumni kali ke-2 ni.

jemputan perkahwinan anas lutfi

Lps kenduri umah faiz 24hb, minggu dpn nye pulak anas lutfi pnye umah pulak.. jemput pd sume sama2 memeriah kn majlis ini n menikmati juadah yg ade... sila2..

tarikh: 1 november 2009
tempat: 6995, jln 18, tmn selayang baru... (kalo x sure sile2 la tgk map kt atas tu)
masa: 12 tgh - 4 ptg

jemputan perkahwinan faiz afsal...


Ade lg yg nk tukar status ni.. heh.. di jemput la pd sume utk hadir ke majlis encik faiz ni.. mknan disediakn jgn riso... butiran spt berikut la...


tarikh: 24 Oktober 2009

tempat: dewan orang ramai, jln jaafar tahar, rapat setia, ipoh

masa: 12 tgh - 5 ptg


nk kepastian blh la klik dkt attachment tu...

Friday, October 9, 2009

Jemputan ke Majlis Perkahwinan Jamaliah @ Lily pd 11 OCT 2009

DIJEMPUT KEPADA SEMUA UTK HADIR KE MAJLIS PERKAHWINAN KWN KITE, LILY (BATCH 95-97 - LPS PMR DIA CABUT).....HARAP SEMUA X-STUDENT MUC MEMERIAHKAN MAJLIS (JGN BW BDAN JE - BW LA APE YG PATUT..HEH):

* Tarikh : 11 OCT 2009 (Sabtu)
* Masa: 12.00 tgh - 4.00 ptg
* Alamat: TGK PETA...
* CONTACT: LILY 012-6882214; ABG LILY 012-6960249; EDY (ADIK LILY) 017-6416512

Thursday, October 8, 2009

KEBIADAPAN JAG DAN SIS

LAPORAN AKHBAR ISU JAG & SIS

Disalin dari YDP ABIM Perak

IPOH, 3 Okt: Beberapa pertubuhan Islam bukan kerajaan di negeri ini menuntut Sisters In Islam dan pertubuhan lain yang mahu hukuman syariah dihapuskan, disiasat kerana menghasut.

Ketua Penyelaras Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Perak, En.Adham Jamallulail Ibrahim, yang juga antara peguam yang dilantik oleh Kartika Sari Dewi binti Haji Shukarno, menuntut Sisters in Islam dan pertubuhan terbabit disiasat kerana menghasut melalui tuntutan mereka dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak. "Tindakan Sisters in Islam dan pertubuhan-pertubuhan terbabit sangat biadap kerana tindakan tersebut menghasut dan mencabar kuasa raja-raja Melayu kerana syariah ialah bidang kuasa raja-raja," katanya selepas membuat satu laporan polis terhadap kumpulan terbabit di balai polis di sini.

"Sisters in Islam sudah bersikap biadap dan melampau kepada umat Islam dan hukum syariah yang telah ditetapkan. Tindakan mereka juga adalah satu usaha menghina dan memperkecil-kecilkan undang-undang syariah yang sedia ada," katanya lagi.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Perak, Tuan Haji Suhaimi bin Latip menegaskan semua pihak yang terlibat menarik balik kenyataan mereka dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini."Merujuk kepada Enakmen Pentadbiran Ugama dan Adat Resam Negeri Pahang 1982 (Pindaan 1987) adalah di bawah kuasa Mahkamah Syariah yang diperkenankan Sultan Pahang. Menghina undang-undang syariah adalah bererti menghina Sultan Pahang.Menurutnya, kumpulan terbabit "hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah, kononnya hukuman itu kejam, menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia yang kononnya mereka perjuangkan, sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita"Kita juga menuntut penganut agama lain tidak mencampuri dan mempertikaikan urusan agama Islam," katanya kepada pemberita di Ipoh.

Sisters and Islam dan kumpulan lain yang membentuk Jawatankuasa Tindakan Bersama bagi Kesamarataan Gender (JAG), dalam memorandum bertajuk Keadilan untuk Kartika kepada perdana menteri pada 25 Ogos lalu menggesa kerajaan menilai semula hukuman sebat yang didakwa mencabul prinsip hak asasi manusia antarabangsa.

Kumpulan itu menegaskan, keputusan mahkamah menjatuhi hukuman rotan ke atas Kartika "menjejaskan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam moderat." Menurut memorandum itu lagi, hukuman itu menyebarkan lagi kepercayaan bahawa Islam ialah agama yang mendiskriminasi wanita.

Kumpulan itu juga membuat satu kenyataan bersama 30 September lalu mempersoalkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang mengaku bersalah meminum arak.
JAG yang ditubuhkan di tengah-tengah kekecohan berhubung isu sebat Kartika disertai Sisters in Islam, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Persatuan Tindakan Wanita (Awam), Pusat Wanita bagi Perubahan, Pulau Pinang (WCC), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam).

Dalam kenyataan bertarikh 30 September itu, JAG menuntut supaya "kerajaan persekutuan dan negeri menjalankan semakan menyeluruh ke atas semua undang-undang berhubung kesalahan-kesalahan jenayah syariah" dan mempertimbangkan untuk membatalkan undang-undang tersebut.

JAG juga mendakwa hukuman sebat berdasarkan undang-undang syariah sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah.

Kenyataan itu juga turut mengaitkan hukuman sebat Kartika itu dengan amalan pembakaran balu dalam agama Hindu.

Timbalan Yang Dipertua Jemaah Islah Malaysia (JIM) Cawangan Perak, En Megat tindakan JAG dan SIS didakwa melampau, berniat jahat terhadap undang-undang syariah dan biadab. Beliau menyifatkan pihak yang terlibat itu sebagai bersikap selektif dalam kritikan mereka berkaitan hak asasi manusia. Untuk penjelasan yang jelas, kami Pertubuhan Islam di Perak tidak keberatan untuk mengadakan program yang lebih sihat dan terbuka kepada semua kaum seperti berdebat atau forum secara ilmiah mengenai isu hukum syariah di Negara Malaysia.

Sebanyak 10 pertubuhan Islam berkenaan ialah Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Negeri Perak, Angkatan Belia Islam Malaysia Perak (ABIM), Jemaah Islah Malaysia Negeri Perak (JIM), Wadah Pencerdasan Ummah Negerai Perak (WADAH), Malaysia Chinese Muslim Association negeri PERAK (MACMA), Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP),Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Perak (PUM) Pertubuhan Informasi Islam Negeri Perak, HELWA ABIM Perak dan AJK Masjid Aulia.

Sunday, September 27, 2009

SALAM AIDILFITRI..

rakan2 seperjuangan..mohon maaf atas segala keterlanjuran sepanjang kami menerajui pimpinan class of MUC 95-99..saya berhasrat untuk bertemu sahabat2 untuk mempelawa sahabat2 untuk hadir bersama2 pada pertemuan malam tautan ukhuwah seperti di dalam iklan yang telah saya pamerkan..moga Allah merestui persahabatan kita, dan moga2 Allah dapat merapatkan ukhuwah dan silaturrahim kita sepanjang pertemuan kita dahulu dan kini..jazakallahukhairan kathiro. saya dan keluarga mohon maaf dan mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin...hafez ardhi

Thursday, August 6, 2009

PIMPINAN ABIM PUSAT 09-2011

Muktamar ABIM telah sebulat suara memilih Muhamad Razak Idris sebagai presiden. Beliau bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Manakala jawatan timbalan presiden telah disandang oleh Amidi Abdul Manan. Berikut adalah pimpinan ABIM untuk sessi 2009 / 2011

Naib Presiden: Ahmad Saparuddin Yusup

Khairul Faiz Morat

Fadhlina Siddiq

Setiausaha Agung: Muhd Raimi Abd Rahim

Setiausaha Kewangan: P Aizan Tukirin

Penolong Setiausaha Agung: Maria Kamel

Ketua Biro Dakwah: Naim Mohd Noor

Ketua Biro Penerangan: Mohd Hilmi Ramli

Ketua Biro Pembangunan Sosial: Akmal Hisham Abdul Rahim

Ketua Biro Penyelidikan: Fauwaz Hasbullah

Ketua Biro Penataran: Abdul Razak Aripin

Ketua Biro Pendidikan: Dr Haslinda Abdullah

Ketua Biro Ikhtisas: Dr Mohd Mahyudi Bin Yusop

Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Kesihatan): Dr Saifullah Al-Hany Abdul Halim

Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Latihan): Noryzal Zainal Abidin

Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (Perhubungan Antarabangsa) : Jufitri Joha

Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (IT dan Perhubungan): Adli Abdul Wahid

Wednesday, August 5, 2009

Salahkah berhimpun?

Oleh: Mohd Hasbie Muda (Artikel dr Malaysian Insider)
OGOS 4 — Sebahagian rakyat Malaysia masih memandang serong pada perhimpunan aman. Kononnya, ia dilihat sebagai budaya rakyat Malaysia yang emosional dan berfikir pendek.
Pada asasnya, saya berpendirian menolak sebarang usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Anarki. Tiada kompromi.Namun, benarkah berhimpun sebagaimana semalam boleh membawa Malaysia ke arah sebuah negara Anarki — negara yang kacau bilau dan tidak berperaturan.
Kononnya, pelabur tidak akan datang, FDI akan jatuh, peluang pekerjaan akan berkurangan dan ekonomi negara akan merudum. (Frasa dan ayat-ayat ini biasa dimomokkan dalam kursus BTN.)
Sejujurnya, saya bukanlah orang yang berminat dengan perhimpunan atau ‘demonstrasi’. Selalu juga disindir oleh teman-teman sewaktu menjadi pimpinan pelajar dulu kerana jarang turun berhimpun atau berdemonstrasi. Walaupun kurang berminat, saya tidak menafikan perlunya berhimpun.
Kita harus jujur dalam membuat penilaian.Salahkah berhimpun? Pendek akalkah orang-orang yang berhimpun sebagaimana prasangka kita?
Benar, kita boleh menyalahkan mereka yang berhimpun jika ia dilakukan terlaku kerap.Setiap bulan misalnya. Tidak dinafikan, kesesakan jalanraya akan berlaku, perniagaan ada yang terpaksa ditutup dan sudah tentu keheningan hujung minggu juga terganggu. Namun mereka berhimpun sekadar dua tiga kali setahun. Besar sangatkah impak kepada aktiviti ekonomi negara jika 2 atau 3 hari daripada 365 hari digunakan oleh segelintir rakyat untuk berhimpun menyatakan sesuatu kepada kerajaan?
Mereka yang berhimpun bukanlah untuk suka-suka atau mahu menghuru-harakan negara. Janganlah disamakan rakyat Malaysia pada masa ini dengan rakyat Malaysia pada 40 tahun lalu dalam Tragedi 1969, ataupun rakyat Singapura/Malaysia yang terlibat dalam Rusuhan Natrah pada 1950.
Rakyat Malaysia pada masa ini sudah ramai berpendidikan tinggi dan cerdik-cerdik. Zaman telah banyak berubah,saya yakin tiada siapa yang tidak sayangkan nyawa. Memang bodoh bagi sesiapa yang berhimpun untuk kehilangan nyawa. Mereka sudah tentu berhimpun kerana bersebab. Jika tidak, lebih baik bersantai di rumah bersama keluarga.
Pengalaman menyertai perhimpunan aman membantah PPSMI dulu cukup mengharukan. Polis terbukti menjadi punca perhimpunan bertukar ganas. Mereka melepaskan gas pemedih mata dengan membabi buta. Apa salahnya dibiarkan peserta berhimpun dan menuju ke Istana Negara? Saya tidak nampak sebarang senjata yang mereka bawa dan aliran trafik pun tidak tersekat walaupun sedikit terganggu.
Namun tindakan polis(FRU) langsung tidak berperikemanusian. Mereka langsung seperti alat kerajaan yang tidak mampu berfikir. Merekalah punca kekasaran fizikal dan gangguan trafik yang parah.
Kebiasaannya, perhimpunan yang dilakukan bukanlah langkah pertama atau usaha awal dalam perjuangkan sesuatu. Ia adalah jalan terakhir. ISA telah dikecam sejak 49 tahun sejak ia digubal pada 1960. Pelbagai wacana akademik, penulisan, disertasi,tesis, memorandum, referandum dan sebagainya yang berkaitan ISA dibuat semata-mata untuk membantah perlaksanaannya di Malaysia. Namun adakah ia berkesan?
Kerajaan masih juga tanpa segan silu menyalahgunakan ISA.
Kita akui bahawa ISA mampu menyelesaikan beberapa ancaman berkaitan keselamatan negara dan kita memang memerlukan akta yang berupaya mencegah ancaman dalaman. Namun, kerajaan Barisan Nasional/Perikatan semenjak 1960 tanpa pernah rasa bersalah telah menggunakan ISA untuk menahan ahli-ahli politik khususnya pembangkang, aktivis masyarakat dan juga orang awam yang tidak berkaitan.
Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Chandra Muzaffar, Halim Arshat, Karpal Singh, Maximus Ongkilli, Teresa Kok adalah antara ahli politik dan aktivis masyarakat yang pernah merengkok. Berbahayakah mereka? Apa ancaman mereka kepada keselamatan negara?
Banyak cadangan yang lebih waras untuk diambil dalam membantah ISA. Namun, akan pedulikah kerajaan?
Kerajaan khabarnya akan mengkaji semula ISA. Ia satu permulaan yang baik jika kerajaan benar-benar ikhlas mahu berubah.
Membantah ISA bukan bermaksud kita tidak mahu akta pencegahan yang mampu menjaga keselamatan dalaman negara kita. Namun, bantahan ini diharapkan agar mampu mendesak kerajaan supaya sekurang-kurangnya meminda peruntukan tertentu yang membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.
Membantah ISA juga bukan bermaksud kita membenci apatah lagi mahu menyusahkan kerajaan. Sebaliknya kita mahu supaya suara insan yang menderita akibat ISA didengari dengan lebih kuat oleh pemimpin kerajaan yang kita kasihi itu.
Kita tidak merasa menderita kerana kita tidak berada di tempat orang-orang yang sedang menderita itu. Cubalah memahami.

Tuesday, August 4, 2009

Sumbangan RM10

Salam.

Sempena 20 tahun penubuhan Ma'ahad Al - Ummah, PERMATA MUC akan menaja satu muka surat penuh iklan berwarna di dalam Al - Hadharah bagi menyatakan penghargaan kepada pihak sekolah. Satu muka surat iklan berwarna berharga RM200.

Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik Encik / Cik / Tuan / Puan untuk bersama - sama menyumbang bagi penajaan iklan tersebut. PERMATA MUC akan menaja mengikut jumlah sumbangan yang diterima daripada kalian.

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun :


14380063397522 (CIMB Bank) - Muhamad Khairul Anwar Bin Mat Azidin



Saya selaku pemegang amanah kutipan ini, akan memaklumkan kepada kalian semua tentang perkembangan kutipan ini dari masa ke semasa.
Tarikh tutup tabung ini telah dilanjutkan kepada 11 Ogos 2009.

Segala sumbangan dari kalian, saya ucapkan jutaan terima kasih.


Mohon disebarkan kepada semua teman - teman PERMATA MUC yang tersenarai di dalam alamat emel kalian.

Terima kasih.

Orang beriman sentiasa inginkan kesempurnaan

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI


Imam Muslim meriwayatkan melalui sahabat Nabi, Abu Hurairah r.a. bahawa ketika turunnya ayat 284 sebelum ini, yang menjelaskan Allah SWT akan melakukan perhitungan terhadap apa yang diperbuat oleh manusia, baik oleh anggota tubuhnya mahupun hati, yang terang-terangan mahupun yang tersembunyi, maka sebahagian sahabat mengeluh kepada Rasulullah SAW.

Mereka berkata: “Kami telah dibebani tugas yang tidak mampu kami pikul.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Apakah kalian akan berucap seperti Bani Israel, Kami mendengar tetapi kami tidak memperkenankan?” Ucapkanlah, “Kami dengar dan kami taati, ampunilah kami, (Wahai Tuhan Kami) dan kepada Engkaulah tempat kembali”.

Allah SWT menyambut permohonan mereka dan turunlah penjelasan atau pembatalan menurut sesetengah tentang apa yang menggusarkan mereka melalui ayat 286 selepas ini, Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Al-Biqa’i menilai ayat ini sebagai penutup surah al-Baqarah yang sangat serasi dengan pembukaannya. Di sana pada pembukaan, dihuraikan sifat-sifat orang mukmin yang percaya kepada kitab yang tidak mengandungi sedikit keraguan pun.

Maka di sini pun ia tutup dengan pernyataan percaya pada apa yang diturunkan Allah SWT setelah menjelaskan soal nafkah yang juga merupakan huraian awal surah ini, dalam bentuk yang serasi dan berkait rapat dengan tuntutan perintah dan larangan-Nya, serta pengungkapan sifat-sifat terpuji bagi hamba-Nya, terutamanya Rasulullah SAW.

Dari sini dapat dilihat, penutup ayat ini membincangkan tentang keimanan Rasul dan pengikut-pengikut baginda berkaitan kitab yang diturunkan kepada baginda dan kitab-kitab sebelumnya serta seluruh Nabi dan Rasul. Ia turut menghuraikan ucapan-ucapan mereka yang menunjukkan ketaatan dan kekhusyukan mereka.

Dalam ayat ini, seakan-akan ada yang bertanya: “Kini berakhir sudah huraian ayat ini, bagaimana sikap orang-orang yang kitab ini diturunkan kepada mereka?” Jawabnya adalah, firman Allah SWT: Semuanya beriman kepada Allah SWT, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari Rasul-rasul-Nya.

Al-Sonhaji berkata: “Setiap seorang dari mereka percaya akan adanya Allah SWT mentauhidkan-Nya serta tidak menyekutukan Allah. Percaya akan adanya malaikat, percaya kepada semua kitab yang diturunkan dari langit yang merupakan wahyu, yang masuk meresap ke hati para Rasul itu. Tidak seperti ahli kitab yang percaya kepada setengahnya dan ingkar kepada setengah yang lain”.

Firman Allah SWT: Dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat”.

Al-Maraghi berkata: “Mereka (orang yang beriman) berkata, bahawa Rasulullah SAW telah menyampaikan ajaran kepada mereka lalu mereka dengar ajaran itu dengan penuh perhatian, lalu mereka mentaati perintah dan larangan-Nya dengan penuh rasa penuh ketundukan dan penyerahan. Inilah yang mendorong jiwa untuk melakukan perintah Allah SWT dengan jalan yang sebaik-baiknya, kecuali dalam keadaan dihalang oleh sesuatu yang tidak dapat dielakkan”.

Orang yang beriman dengan ikhlas akan menghitung kekurangan-kekurangan dirinya sendiri selepas wujudnya rintangan-rintangan yang datang kepada mereka. Mereka hanya inginkan kesempurnaan.

Al-Sonhaji berkata: “Mereka bersedia menerima perintah-perintah yang disampaikan oleh para Rasul dan berikrar mentaatinya tidak menderhakainya. Oleh sebab itu bersegeralah mereka mengamalkannya, kecuali jika dalam keadaan kepayahan atau berhalang.

“Namun orang yang hatinya tulus ikhlas, enggan berhenti walaupun kepayahan atau berhalangan tetap bercita-cita akan menyempurnakan amalan secukupnya dan jika tidak dapat, mereka menganggap dirinya cuai”.

Sebab itulah mereka memohon: “Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali”.

Al-Sonhaji berkata: “Allah telah memulai surah al-Baqarah ini dengan menyebutkan, bahawa al-Quran itu jangan diragukan, kerana ada mengandungi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.

Lalu Allah menjelaskan sifat-sifat mereka dengan pokok keimanan yang mereka pegang. Kemudian Allah SWT menyebutkan pula keadaan orang-orang yang kufur dan ragu-ragu.

“Seterusnya dijelaskan pula beberapa hukum-hukum agama seperti solat, zakat, puasa, haji, talak, ila’, haid, jihad dan kisah para Nabi, dan Allah SWT telah menghujah kaum terdahulu yang sesat khasnya kaum yahudi. Maka Allah SWT mengakhiri surah al-Baqarah ini dengan menyebutkan, bahawa pesuruh-Nya iaitu Nabi kita, Muhammad SAW telah beriman dengan apa yang diturunkan-Nya. Begitu pula orang-orang mukmin.

“Kesudahan dari keimanan itu, orang-orang mukmin telah dapat menyucikan jiwa dan hati mereka, tinggi himmah sehingga mencapai puncak ketinggian yang menakjubkan di dunia.

“Misalnya usaha mereka gilang-gemilang, dapat membuka beberapa negeri di dunia ini dengan menggunakan siasatan keadilan dan kebijaksanaan yang tidak dapat dimungkiri sekalipun oleh musuh Islam sendiri.

“Sejarah telah mencatat, bahawa dewasa ini manusia sedang dalam lembah kejahilan dan ditindas pula oleh kerajaan-kerajaan besar yang ada pada masa itu.

Tetapi mereka telah dapat diselamatkan oleh orang-orang mukmin dari dibelenggu perhambaan, terlepas dari penjajahan dan kemudiannya dapat menghirup udara kebebasan yang tidak pernah mereka rasakan sebelumnya. Cukuplah Allah SWT menjadi saksi bagi mereka”

Friday, May 22, 2009

Majlis Perkahwinan Norhafizah Hassan (X-MUC 95-99)


UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN NORHAFIZAH BINTI HASSAN (BATCH 95-99).....HARAP SEMUA X-STUDENT MUC DAPAT HADIRKAN DIRI:
* Tarikh : 13 Jun 2009 (Sabtu)
* Masa: 12.00 tgh - 4.00 ptg
* Alamat: Dewan Konvensyen Sungai Siput, Taman Tun Sambanthan, Sungai Siput(U)

Thursday, May 21, 2009

RENUNGAN DARI SURAH AL-BAQARAH:247

AL-BAQARAH: 247

247. dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. mereka menjawab: "Bagaimana Dia mendapat Kuasa memerintah Kami sedang Kami lebih berhak Dengan Kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan Dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". dan (ingatlah), Allah jualah Yang memberikan Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

Bani Israel ingkar arahan perang
Firman Allah s.w.t.:Apakah kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka Bani Israel sesudah nabi Musa, yaitu ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka: “Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah pimpinannya) di jalan Allah”.
Nabi mereka menjawab: “Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang”. Mereka menjawab: “Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, padahal Sesungguhnya kami telah diusir dari anak-anak kami?” Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, merekapun berpaling, kecuali beberapa saja di antara mereka dan Allah Maha mengetahui siapa orang-orang yang zalim.
Nabi mereka mengatakan kepada mereka: “Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu”. Mereka menjawab: “Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?” Nabi (mereka) berkata: “Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa”. Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 246 – 247)
Al-Maghari berkata: “Selepas Allah menyebut tanda kekuasaan-Nya berkenaan dengan sebelum disyariatkan perang untuk memelihara kebenaran dan membelanjakan harta pada jalan Allah bagi kemuliaan umat sedangkan yang menyeleweng akan kecundang, lantas Allah berfirman.
Firman Allah s.w.t.: Apakah kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka Bani Israel sesudah Nabi Musa, iaitu ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka: “Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah pimpinannya) di jalan Allah”. Nabi mereka menjawab: “Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang”. Mereka menjawab: “Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, padahal sesungguhnya kami telah diusir dari anak-anak kami?”. Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, mereka pun berpaling, kecuali beberapa saja di antara mereka, dan Allah Maha mengetahui siapa orang-orang yang zalim.
Al-Nasafi berkata: “Golongan yang mulia kerana mereka memenuhi hati-hati manusia dengan kemuliaan dan mata pandangan manusia dengan kehebatan”.
Sayyid Qutub berkata: “Apakah engkau tidak melihat? Seolah-olah kejadian ini sedang berlaku dan dapat dilihat dengan mata kepala. Para pembesar dan cerdik pandai Bani Israel telah berkumpul dan menemui nabi mereka.
Al-Quran tidak menyebut nama nabi ini kerana nama itu tidak penting di sini, dan menyebut nama itu di sini tidak menambah suatu apa dalam saranan cerita sedangkan Bani Israel mempunyai ramai nabi yang lahir berturut-berturut di dalam sejarah mereka yang panjang itu. Mereka menemui nabi mereka dan menuntut beliau melantik seorang raja bagi mereka agar mereka dapat berperang kerana sabilullah di bawah pimpinannya.
Membulat di jalan Allah
Perbuatan mereka menentukan sifat peperangan itu sebagai peperangan untuk Sabilullah itu membayangkan satu kesedaran keagamaan di hati mereka dan kesedaran keimanan yang tercetus di dalam jiwa mereka. Ia juga membayangkan kesedaran keimanan yang tercetus di dalam jiwa mereka, juga membayangkan kesedaran bahawa mereka adalah penganut agama Allah yang benar dan bahawa musuh mereka berada di atas jalan yang sesat, kafir dan batil. Seterusnya membayangkan betapa terangnya jalan di hadapan mereka untuk bangkit berjihad di jalan Allah.
Jalan perjuangan yang jelas dan tegas itu merupakan separuh jalan menuju kemenangan. Oleh itu setiap mukmin pastilah merasa jelas di dalam hatinya bahawa dia berada di atas jalan yang benar dan musuhnya berada di atas jalan yang batil. Matlamat di dalam hatinya pastilah membulat di jalan Allah. Ia jangan sekali-kali diselubungi kekeliruan hingga membuat ia tidak mengetahui ke mana ia menuju.
Lalu nabi mereka memastikan sejauh mana benarnya keazaman mereka dan sejauh mana kukuhnya niat dan keazaman mereka melaksanakan tanggungjawab yang amat berat itu. Juga sejauh mana kesungguhan mereka menawar perjuangan mereka kepadanya.
Firman Allah: Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang.
Sayyid Qutub berkata: “Apakah tidak mungkin bahawa kamu enggan berperang jika peperangan itu telah diwajibkan ke atas kamu? Kamu sekarang masih berada dalam keadaan bebas dalam perkara ini, tetapi jika saya mempersetujui permintaan kamu lalu peperangan pun diwajibkan ke atas kamu.
“Maka ini bererti ia telah menjadi satu kewajipan yang difardukan ke atas kamu dan tidak ada jalan lagi untuk kamu mengelakkan diri darinya. Itulah pertanyaan dan mencari kepastian yang layak dengan seorang nabi, kerana perkataan-perkataan dan perintah-perintah para anbia tidak seharusnya diterima dengan ragu-ragu”.
Di sini darjah keghairahan dan semangat ingin berjuang melonjak-lonjak tinggi dan para pemimpin itu terus menyebut sebab-sebab yang mendorong mereka untuk berperang kerana Allah dan ini menjadikan peperangan itu pastilah dilakukan tanpa teragak-agak lagi.
Firman Allah: Mereka menjawab: “Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, padahal Sesungguhnya kami telah diusir daripada anak-anak kami?”
Sayyid Qutub berkata: “Di sini kita dapati perkara ini cukup jelas di dalam perasaan mereka dan tertanam di dalam jiwa mereka bahawa musuh-musuh mereka adalah musuh-musuh Allah dan agama Allah. Mereka telah mengusir musuh-musuh itu dari kampung halaman mereka dan menawan anak-anak mereka. Oleh sebab itulah mereka wajib diperangi. Dan satu-satunya jalan yang ada di hadapan mereka ialah berperang. Oleh itu tidak perlu lagi mereka menyemak keazaman mereka atau tidak perlu lagi kepada apa-apa perdebatan”.
Firman Allah: Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa. Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.
As-Sya’rawi berkata: “Mereka yang menuntut daripada Nabi mereka supaya dibangkitkan bagi mereka raja”. Justeru memadai Nabi mereka memilih seorang lelaki dan menabalkan menjadi raja. Akan tetapi Nabi mereka menghendaki dengan menanam kemuliaan pada mereka berkenaan yang dibangkitkan seperti raja mereka.
Tabiat Bani Israel
Sayyid Qutub berkata: “Yakni Thalut itu seorang lelaki yang telah dipilih oleh Allah…..ini satu…..kemudian beliau ditambahkan dengan kelebihan ilmu pengetahuan dan kekuatan jasmani…..ini satu lagi……. kemudian Allah mengurniakan kuasa pemerintahan-Nya kepada sesiapa yang disukai-Nya….jadi hak pemerintahan ini adalah milik-Nya dan Dialah pengurus dan pengendali dan Dialah yang memilih sesiapa yang disukai-Nya di kalangan hamba-Nya. Kemudian Allah itu Maha Luas limpah kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui. Tiada pengawal bagi limpah kurnia-Nya dan tiada batas pemberian-Nya. Dialah yang mengetahui segala yang baik dan mengetahui meletakkan segala sesuatu pada tempatnya yang wajar”.
Inilah hakikat yang sepatutnya boleh membetulkan kefahaman dan pemikiran mereka yang salah dan boleh menghapuskan kekeliruan mereka. Namun tabiat Bani Israel tidak cukup dengan hakikat yang tinggi ini sahaja ketika mereka hendak menghadapi peperangan, malah mereka memerlukan kepada satu mukjizat zahir yang boleh menggerakkan hati mereka dan memulangkannya kepada kepercayaan dan keyakinan.
Al-Sonhaji berkata: “Sekiranya kamu mencela orang yang menjadi raja itu disebabkan ia tidak berbangsa dan tidak berharta, maka setelah ia berpeluang menjadi raja, terbukalah pintu rezekinya yang dikurniakan Allah kepadanya dengan seluas-luasnya. Dan Allah – di samping berkuasa mengkayakan si miskin – tahu pula akan hajat seseorang di dalam perkara mentadbirkan hal ehwal dirinya dan kerajaannya. Tahu perkara-perkara yang telah lalu dan tahu pula perkara-perkara yang akan berlaku”.
Al-Baghawi berkata: “Allahlah yang mempunyai segala keluasan yang boleh memberi dengan kekayaannya dan Maha Mengetahui dengan segala-galanya”.

Iktibar Ayat
* Kisah umat zaman dahulu boleh dijadikan iktibar.
* Allah boleh memilih siapa sahaja yang dikehendaki untuk menjadi raja dan pilihannya berdasarkan keilmuan dan kekuatan jasmani.
* mengisbatkan sifat Allah yang Maha Mengetahui.

Friday, May 8, 2009

KEPEDULIAN SAUDARA SEKALIAN TERHADAP ISU INI DITUNTUT:DOAKAN

1. PENDAHULUANIsu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalaha- Status agama tiga orang anak beliau [ iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). ]b- Hak penjagaan anak.c- Status perkahwinan selepas pengislaman.2. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM2.1 - Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam.Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan:Pandangan Pertama:Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu.Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah[1].Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi:rعَنْ عَائِذِ بْنِ عَمْرٍو الْمُزَنِيِّ عَنِ النَّبِيِّ قَالَ : (( الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني .Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."Pandangan Kedua:Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik.Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah[2].Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.2.2 - Cadangan Terhadap Penyelesaian Isu IniBerdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau.Namun disebabkan pihak isteri beliau masih beragama Hindu yang berkeras untuk menjaga anak-anaknya dan membesarkannya dalam agama Hindu, semestinya kenyataan kita untuk mengekalkan status ketiga-tiga anak mereka berdua sebagai beragama Islam akan menimbulkan satu ketegangan antara masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam secara umumnya.Atas dasar ingin mencari jalan yang paling baik dengan meraikan pandangan-pandangan para ulama, kami mencadangkan perkara-perkara di bawah:a) Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya[3].b) Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam al-Thauriyy ( الثوري ) .[4]c) Kami tidak mendapati sebarang masalah sekiranya nama ketiga-tiga anak saudara Mohd Ridzuan Abdullah dikekalkan dengan nama asal melainkan sekiranya makna nama mereka mengandungi unsur-unsur syirik dan makna-makna yang buruk.3. HAK PENJAGAAN ANAK3.1 - Pendapat UlamakPara ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini . Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Orang bukan Islam tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut.Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki rahimahumullah tidak meletakkan Islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut (ibu atau bapa) salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal (non muslim) maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud , al-Nasa'ie , Ibn Majah , Ahmad bin Hambal , al-Baihaqi , al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahumullah dan para ulama hadis yang lain . Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam membenarkan untuk budak tersebut memilih dengan siapakah dia ingin tinggal, sama ada dengan ayahnya yang Muslim atau Ibunya yang Non-Muslimah. Ini kerana hak penjagaan adalah atas rasa belas kasihan dan ianya tidak menjadi masalah walaupun berbeza agama. Nas hadis tersebut adalah seperti berikut:
Maksud: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah radhiyallahu anhuma bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam (berkenaan hak penjagaan terhadap budak tersebut).Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kepada mereka berdua : Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah : Si ayah diletakkan di suatu sudut, dan si ibu juga diletakkan di suatu sudut, maka budak tadi diberi pilihan . Didapati budak tersebut bergerak ke arah ibunya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah :Maka budak tersebut kembali kepada ayahnya (mengikut ayahnya).Tetapi para ulama di dalam mazhab Hanafiyah dan Malikiyah berbeza pendapat pula berapa lamakah tempoh budak tersebut perlu berada di bawah penjaganya yang bukan Islam:1) Ulama Hanafiyah berpendapat : Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam sehinggalah dia mampu berfikir tentang keagamaan(iaitu setelah mencapai umur 7 tahun). Hak penjagaan juga akan tamat jika budak tersebut tidak terjamin keselamatan agamanya jika berada bersama penjaga tersebut(seperti dibawa ke tempat ibadah mereka, budak tersebut mempelajari perkara berkaitan agama penjaga tersebut, diberi minum arak atau memakan makanan yang haram)2) Ulama Malikiyah berpendapat: Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam tersebut sehinggalah tamat waktu hak penjagaan[6]. Tetapi penjaga tersebut perlu menjaga hak-hak penjagaan terhadap budak tersebut seperti tidak memberi makanan yang haram dan memberi minum arak kepadanya. Tetapi jika dikhuatiri akan berlaku perkara tersebut maka hak penjagaan tersebut perlulah diberikan kepada golongan Muslimin demi menjaga budak tersebut daripada kesesatan[7].3.2 - Cadangan Terhadap Kes Yang Berlaku1) Berdasarkan pendapat para ulama yang kita telah bincangkan, anak kepada Mohd Ridzuan bin Abdullah @ K Patmanathan, 40 tahun iaitu Tevi Darsiny (12 tahun) dan Karen Danish ( 11 tahun ) tidaklah dibenarkan untuk berada dibawah penjagaan si isteri yang enggan memeluk Islam. Ini kerana, keadaan kedua-dua anak mereka jika berada di bawah jagaan ibu sahaja dibimbangi persekitaran yang tidak baik akan mempengaruhi mereka.2) Manakala anak yang ketiga iaitu Prasana Diksa (1 tahun), dibenarkan untuk berada di bawah jagaan si ibu (dengan syarat diadakan giliran antara ibu dan bapa) berdasarkan pendapat yang disebutkan oleh Mazhab Hanafiyah dan Malikiyah. Ini kerana Prasana Diksa masih kecil dan belum mencapai umur yang memungkinkan untuknya berfikir tentang keagamaan. Ini juga menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang bersikap kuku besi yang menghalang secara semberono hak individu.4. STATUS PERKAHWINAN SELEPAS PENGISLAMAN SALAH SEORANG SUAMI ISTERI4.1 - Pendapat Para UlamaSyariah Islam menetapkan, apabila seorang suami memeluk Islam, maka si isteri juga perlu diminta untuk memeluk Islam. Jika si isteri memeluk Islam di dalam tempoh ‘iddahnya, maka perkahwinan tersebut boleh diteruskan seperti biasa(tanpa perlu diperbaharui akad nikahnya).Islam bukanlah satu agama yang memecah belahkan institusi kekeluargaan, bahkan Islam itu sendiri mengajar ummatnya untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Perbezaan agama antara suami dan isteri bukanlah penghalang kepada ikatan pernikahan mereka, tetapi keengganan si isteri untuk berbuat demikian menyebabkan berlakunya perpisahan [8].Keempat-empat mazhab Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali menetapkan perkahwinan mereka berdua akan terfasakh[9]. Para ulamak hanya berselisih pendapat dari sudut bilakah waktu fasakh itu berlaku, samaada daripada saat pengIslaman suami atau saat isteri enggan memeluk Islam. Perpisahan tersebut akan berlaku melalui kuasa qadhi[10].Fasakh atau perpisahan tersebut bukan bermakna si suami meninggalkan tanggungjawabnya ke atas isteri dan anak-anaknya dari sudut nafkah dan perbelanjaan. Islam sangat menjaga hak setiap manusia samaada Muslim atau Non Muslim. Perpisahan yang berlaku di antara pasangan suami isteri disebabkan perbezaan agama tidak menggugurkan kewajipan suami kepada isterinya dan anak-anaknya.4.2 - Hak Pemberian Nafkah[11]a - Nafkah kepada anakSi ayah wajib memberikan nafkah dan keperluan kepada anak-anaknya selagi mana mereka masih kecil sehingga mampu berdikari sendiri jika anak tersebut adalah anak lelaki. Manakala bagi anak perempuan, bapa perlu memberi nafkah kepadanya sehingga anak tersebut berkahwin sahaja.b - Nafkah kepada isteriSuami wajib memberi nafkah kepada isteri tersebut selama mana di dalam tempoh ‘iddah sahaja.Ini jelas menunjukkan hujah yang mengatakan bertukar agama adalah satu cara untuk lari daripada tanggungjawab adalah hujah yang amat dangkal. Ini kerana Islam sama sekali tidak memberikan ruang kepada penganutnya untuk lari atau cuai menunaikan tanggungjawab masing-masing.Disediakan oleh :Fellow MANHAL PMRAM 2009Hasil kajian:1. Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Qadir Al-Jofree2. Al Fadhil Ustaz Abd Rahman Mohd Tharin3. Al Fadhil Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir4. Al Fadhil Ustaz Hairul Nizam Mat Husain[1] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.[2] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.[3] Sebagaimana yang dimaklumi, apabila anak-anak tersebut berstatuskan Islam, mereka berhak mewarisi harta saudara Mohd Ridzuan Abdullah kerana persamaan agama antara pihak ayah dan anak-anak. Walau bagaimanapun sekiranya anak-anak tersebut meninggal dunia sebelum mereka mencapai umur baligh, maka berdasarkan pandangan Islam jenazah mereka akan diuruskan sebagai seorang Muslim. Ini dijangka akan menimbulkan satu lagi masalah perebutan jenazah antara si isteri yang beragama Hindu dan si ayah yang beragama Islam.[4] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/271. Para pembaca perlu menyedari bahawa pandangan yang kami pilih ini bukanlah pandangan majoriti ulama Islam.Adapun pandangan majoriti ulama Islam, anak-anak tersebut secara automatik akan menjadi seorang muslim sebaik sahaja si ayah memeluk agama Islam. Sekiranya anak-anak tersebut setelah baligh memilih untuk tidak beragama Islam, berdasarkan pandangan majoriti ulama, mereka akan menjadi murtad.Pandangan al-Thauri yang kami pilih ini adalah semata-mata memikirkan situasi masyarakat non Muslim di Malaysia yang mungkin tidak akan dapat menerima keputusan bahawa kesemua anak-anak terbabit hendaklah beragama Islam. Sekurang-kurangnya dengan berpegang pandangan al-Thauri, masyarakat non Muslim dapat menerima keputusan kerana hak untuk memilih agama diserahkan kepada anak-anak tersebut selepas mereka baligh.[5] Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal, hadis 23807 jilid 5 mukasurat 446 Darul Nasyr, Muassasah Qurtubah[6] Bagi budak perempuan, hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia berkahwin, manakala bagi budak lelaki pula hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia baligh.[7] Fiqh al-Islami wa Adillatuhu jilid 7 mukasurat 727-728 cetakan Darul Fikr Cetakan Kedua 1985[8] Bada'ie Sana'ie, Imam al-Kasani, m.s 1558 jilid 3.[9] Mughniyul Muhtaj, Khotib as-Syarbini, m.s 244 jilid 3.[10] Fiqhul Islami Wa Adilatuh, Dr. Wahbah Az-Zuhaili, m.s 7163 jilid 9.[11] Al-Mughni, Imam Ibn Qudamah, m.s 402 - 409, jilidKomentar TJ:Mohd Ridhuan telah pun mendapat perintah jagaan secara exparte,anak-anak tersebut dari Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh.Manakala bekas isteri(isteri sivil)telah juga mendapat hak jagaan secara exparte di Mahkamah Tinggi Sivil,sekali lagi konflik undang-undang timbul.Namun sejarah lepas dari penghakiman sivil,jelas memihak kepada MS,perintah dari institusi tersebut tidak boleh dibatalkan.Namun perlu kita selusuri apakah wajra hak jagan bagi anak yang masih bayi dan menyusu jugak termasuk dalam perintah tersebut.Berdasarkan arikel diatas,Fiqh memberi jalan bagi menjaga semua kepentingan manusia,so mengapa tidak dicari jalan sedemikian.Pihak MS seharusnya lebih kreatif dan membuat sedikit penyelidikan sebelum penghakiman diberikan,begitu pihak yang satu lagi,jalan konfromi masih terbuka terutama bagi bayi tersebut,jangan jadikan agama yang berbeza menghalan atau memtuskan semua hubungan sebagai ibu dan bapa dan juga sebagai makhluk Tuhan-agama tidak mengajar sebegitu caranya.

Wednesday, May 6, 2009

SEJAUH MANA KITA MANFAATKAN MASA

Allah swt menyebut dalam surah Al-Ash ayat 1-5 yang bermaksud : Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.Menurut Prof Dr Hamka dalam tafsirnya , para ulama berselisih pandanagn tentang rahsia penggunaan perkataan waktu Asar yang digunakan Allah pada awal surah ini .Muhammad Mutawalli Sya'rawiy berpendapat orang-orang Arab kuno akan mengambil kesempatan berkumpul selepas waktu Asar untuk bersembang-sembang tentang kerja seharian yang telah mereka jalani sepanjang hari itu. Ini disebabkan waktu Asar merupakan waktu yang agak ceria dan teduh berbanding degan sebelumnya .Namun bagi Hamka Allah swt mengkehendaki di sebalik pemilihan waktu ini adalah untuk menunjukkan kepentingan waktu supaya digunakan sebaik-baiknya oleh manusia . Masyarakat barat yang begitu maju dalam konteks kehidupan amat memahami kepentingan masa . Mereka telahpun merumuskan masa sebagai emas bagi meanmpakkan nilainya . Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna telah berjaya memperbaiki perspektif manusia dalam kurun ke 20 dengan menampilkan idea bahawa masa merupakan kehidupan . Walaupun emas merupakan suatu bahan galian yang cukup mahal tetapi ia tidak akan dapat menandingi nilai usia yang dikurniakan Allah .Bagi memperjelaskan lagi kedudukan masa yang merupakan sebahagian dari usia yang dianugerahkan , Allah swt berfirman dalam ayat ke 99 -100 surah al-Mukminun , maksdunya :..Apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) , "Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).Persoalan yang elok ditimbulkan dalam konteks ini ialah pengurusan masa secara bjaksana yang disebut sebagai quality hours oleh masayarakat barat . Apabila menyebut perkara ini dua perkara utama yang berkaitan ialah peruntukan masa dan pengisiannya . Setiap pasangan selalunya mendakwa sudah memberikan kasih sayang pada anak-anak menerusi peruntukan masa bersama mereka dalam sesuatu tempoh masa . Demikian pula di kalangan para suami , ramai yang mengatakan sudah memperuntukkan sebahagian masa untuk anak dan isteri . Hal yang sama mungkin berlaku pada isteri yang berkarier . Para pelajar pula mungkin mendakwa bahawa jadual yang mereka lalui saban hari sudahpun menunjukkan mereka berjaya mengisi masa dengan saksama . Adakah setiap individu di atas sudah memenuhi tuntutan pengisian masa secara tepat dan efektif . Menjawab soalan ini yang berhubung rapat dengan kehidupan kita dan kita meyakini bahawa antara perkara yang akan disoal di akhirat ialah pengisian masa , perlulah kita merujuk kepada model masyarakat iaitu Nabi saw . Seerah menunjukkan bahawa nabi saw walaupun sibuk dengan kegiatan harian melibatkan rusan negara dan masyarakat , tetapi ternyata baginda masih ada masa untuk isteri , anak dan cucu baginda . Baginda sentiasa melakukan aktiviti kekeluargaan secara kemas dan teratur . Baginda ada masa untuk para sahabat dan kaum keluarga. Demikian juga dengan para sahabat r.hum yang ternyata berperanan besar dalam pembentukan negara yang kuat di arena antara bangsa . Masyarakat yang kuat tentunya dibina di atas unit-unit keluarga yang kukuh .Untuk memenuhi kriteria penggunaan masa secara tersusun itu , sebenarnya Allah swt telah memberikan panduan menerusi ayat-ayat dari surah Al-Asr di atas . Syarat yang pertama mestilah iman , diikuti dengan amal dan berpesan dengan kebenaran dan kesabaran . Maksudnya ialah tuntutan mengisi masa secara berkualiti itu bukan terbatas dari sudut peruntukan sahaja , tetapi yang lebih penting dari itu ialah bagaimana mengisinya .Perkara ini harus difahami sebaik mungkin kerana ramai yang telah memperuntukkan masa untuk melakukan sesuatu aktiviti , tetapi tidak ramai yang berjaya menemui hasil yang baik dari apa yang diperuntukkan itu .Berdasarkan ayat ini Allah swt telah menjelaskan kerugian yang dialami semua manusia . Cuma segelintir sahaja yang terselamat dari kerugian iaitulah bagi yang menepati empat syarat yang disenaraikan dalam ayat ke 3-5 , iaitu beriman , beramal saleh , berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran . Menurut al-Imam al-Sawiyy , menerusi syarat-syarat yang disenaraikan di atas , kita dapat melihat hubungan dengan manusia juga penting , sabagaimana hubungan dengan Allah swt . Ini kerana beriman dan beramal soleh adalah perkara-perkara yang melibatkan hubungan seseorang dengan Allah seperti solat , puasa , zakat , haji , istighfar , sabar menghadapi ujian , bertaubat dari dosa dan sebagainya . Berpesan dengan kebenaran dan kesabaran pula adalah merujuk pada kepada kerja-kerja dakwah dalam bentuknya yang umum . Ia turut disebut sebagai salah satu aspek hablun minannas iaitulah kerja-kerja yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia .Dalam sebuah hadith yang sahih riwayat Muslim , Nabi saw mewasiatkan kita agar menjadikan nasihat menasihati sebagai amalan . Nasihat yang dimaksudkan ini melibatkan pelbagai peringkat manusia daripada golongan yang paling rendah hinggalah golongan yang paling tinggi termasuk para pemimpin . Jika dikaitkan dengan peringatan dari surah al-Asr pada ayat yang ke 4 dan ke 5 , jelaslah kepada kita kepentingan kita berperanan untuk mengingatkan umat Islam terhadap tanggungjawab masing-masing . Dalam Islam , pendekatan kerja-kerja al-Amr bil Ma’ruf wa al-Nahyi ‘anil Munkar telah ditetapkan dalam kerangka tanggungjawab setiap individu muslim . Memandangkan kerja memberi nasihat merupakan kerja yang berkait rapat dengan manusia , dan seseorang itu mungkin perlu mengajak manusia melakukan sesuatu atau meninggalkannya , maka ia memerlukan suatu kemahiran . Manusia yang telah terbiasa dengan tabiat-tabiat yang tertentu akan menentang sesuatu arahan yang tidak secocok dengan tuntutan perasaannya .Justeru adalah sangat penting bagi golongan beriman dan beramal yang ingin menjalankan kerja-kerja dakwah ini agar menguasai keahiran-kemahiran tertentu yang dapat membantunya dalam komunikasi untuk tujuan ini . Kegagalan memahami tabiat manusia bukan sahaja menyebabkan kegagalan sampainya mesej dakwah malah boleh membahayakan keselamatan diri sendiri . Ini terbukti menerusi kisah seorang yang telah melakukan jenayah pembunuhan 99 nyawa akhirnya membunuh orang yang dirujuknya . Kesalahan orang yang dibunuh menggenapkan 100 itu hanyalah kerana dia mengatakan tiada cara Allah akan mengampunkanmu .Menurut Syikh Dr ‘Ali Ab Halim Mahmud dalam kitabnya , Fiqh al-Dakwah al-Fardiyyah , seseorang pendakwah haruslah memiliki ciri-ciri berikut iaiatu :1. Ikhlas kerana Allah2. Mempertingkatkan ilmu3. Kena ada jalinan hubungan dengan Allah4. Kena sealu mebaca kisah-kisah perjuangan orang-orang Islam yang terdahulu di kalangan para Nabi , sahabat, pejang-pejuan Islam dan lain lain5. Kena selalu berdoa kpd Allah supaya bukakan hati manusia yang terlibat 6. Kena mempraktikkan Islam dalam hidup seblum mengajak orang kepadanya7. Bergabung dalam jemaah orang-orang Islam8. Mengembangkan budaya ilmu dalam diri .9. Mesti ada mentor yang dinamakan beliau sebagai qudwah mithaliyyah yang dapat kita mengambilnya sebagai .Diperingkat pengajian seseorang penuntut dalam bidang dakwah akan turut didedahkan dengan pendekatan para nabi dan rasul yang pernah berkecimpung dalam medan ini . Bidang komunikasi dan psikologi kemanusiaan juga hendaklah diberikan penekanan untuk mempermudahkan kerja-kerja yang pernah menyebabkan Nabi Muhammad diancam dengan pembunuhan dan pnafian hak .

penentuan status agama anak(bantahan kepada keputusan kabinet)

Kuala Lumpur, April 29 — Pembela, a coalition of Muslim NGOs, today condemned the cabinet’s recent decision on religious conversion of children, calling it unconstitutional and irrational. The Muslim NGO’s criticism of the decision could prove tricky for Datuk Seri Najib Razak as he attempts to balance the interest of Muslim and non-Muslim groups. The cabinet recently decided that children should be raised in the faith of their parents while they were married even if one spouse becomes a Muslim. “We totally disagree because of the way they made the statement. Unless there are amendments to the constitution then the statement made is not law. “However, they have made it seem that when a minister says something then it is law, This is one of the issues which can bring doubts to some parties,” said Muslim Youth Movement of Malaysia’s president Yusri Mohamad.
He told reporters that the decision made goes against Islamic laws and the constitution. “In article 12 section 4 in the constitution, the faith of a child who is not yet an adult is determined by the parents. The courts has interpreted that the parents has to right to decide regardless if they are the husband or wife,” Yusri added. Pembela believes the cabinet ruling will deny the parent who converts to Islam his or her right and responsibility over the future of the children. They feel that the decision is not fair to those who want to convert to Islam. The group also feels that the government was rushed into making a decision on the issue when it should have been conducted properly with collaboration of all parties. The group reiterated that this issue should not be sensationalized because it would not be healthy for the country.“We should address it professionally with a cool head and objectively. We have procedures and processes in place. I would like to highlight that there has been a high level discussion organized by the attorney general”. The government had asked the attorney general to hold a series of discussion with religious experts and NGOs. “I would like to ask what has happened to those discussions? Why did the cabinet suddenly make a decision which actually is hard to accept by everybody. What was recommended by the cabinet is not sustainable,” he argued.Yusri urged all parties to consider the realities of the country and not have an attitude that will make the situation worse. He was disappointed that many Malaysians think that a non-Muslim would not be able to get a fair trial in a Shariah court. “This is not helpful and we will not be quiet if the Shariah court is given that image. The notion that a Shariah court will not give a fair trial to non-Muslims is a blatant and an unacceptable accusation,” he said. Jamaah Islah Malaysia (JIM) president Zaid Kamaruddin also added that the decision was one sided and pleased only a minority in the country.“The cabinet has not taken account the opinions of the majority. We also would like to complain that the decision was irrational. We understand the Muslim’s fuse is a bit long, that is why there are many who are still patient because they believe that the government can solve this issue”. “But in this context, we see that it going against Islam and we have yet to receive a reaction from the Cabinet after the incident has happened. This is not a solution to this problem,” Zaid said.

Sumber Dipetik : www.malaysiainsider.com

Monday, April 27, 2009

Undangan Walimaturus Zahara & Herry



Semua di jemput hadir ke majlis perkahwinan Zahratul Aini (ex MUC 95-99):
  • Tarikh : 2 Mei 2009 (Sabtu)
  • Masa: 12.00 tgh - 3.00 ptg
  • Alamat: No 14, Lorong Sg Choh 3, Taman jaya Delima, 31250 Tanjung Rambutan, Perak.

Tuesday, April 21, 2009

Jangan Mengharap "Terima Kasih" dari Seseorang

Allah menciptakan para setiap hamba agar selalu mengingat-Nya, dan
Dia menganugerahkan rezeki kepada setiap makhluk ciptaan-Nya agar
mereka bersyukur kepada-Nya. Namun, mereka justru banyak yang
menyembah dan bersyukur kepada selain Dia.
Tabiat untuk mengingkari, membangkang, dan meremehkan suatu
kenikmatan adalah penyakit yang umum menimpa jiwa manusia. Karena
itu, Anda tak perlu heran dan resah bila mendapatkan mereka mengingkari
kebaikan yang pernah Anda berikan, mencampakkan budi baik yang telah
Anda tunjukkan. Lupakan saja bakti yang telah Anda persembahkan.
Bahkan, tak usah resah bila mereka sampai memusuhi Anda dengan sangat
keji dan membenci Anda sampai mendarah daging, sebab semua itu mereka
lakukan adalah justru karena Anda telah berbuat baik kepada mereka.
{Dan, mereka tidak mencela (Allah dan Rasul-Nya) kecuali karena Allah dan
Rasul-Nya telah melimpahkan karunia-Nya kepada mereka.}
(QS. At-Taubah: 74)
Coba Anda buka kembali catatan dunia tentang perjalanan hidup ini!
Dalam salah satu babnya diceritakan: syahdan, seorang ayah telah memelihara
anaknya dengan baik. la memberinya makan, pakaian dan minum,
mendidikanya hingga menjadi orang pandai, rela tidak tidur demi anaknya,

rela untuk tidak makan asal anaknya kenyang, dan bahkan, mau bersusah
payah agar anaknya bahagia. Namun apa lacur, ketika sudah berkumis lebat
dan kuat tulang-tulangnya, anak itu bagaikan anjing galak yang selalu
menggonggong kepada orang tuanya. la tak hanya berani menghina, tetapi
juga melecehkan, acuh tak acuh, congkak, dan durhaka terhadap orang
tuanya. Dan semua itu, ia tunjukkan dengan perkataan dan juga tindakan.
Karena itu, siapa saja yang kebaikannya diabaikan dan dilecehkan
oleh orang-orang yang menyalahi fitrahnya, sudah seyogyanya menghadapi
semua itu dengan kepala dingin. Dan, ketenangan seperti itu akan
mendatangkan balasan pahala dari Dzat Yang perbendaharaan-Nya tidak
pernah habis dan sirna.
Ajakan ini bukan untuk menyuruh Anda meninggalkan kebaikan yang
telah Anda lakukan selama ini, atau agar Anda sama sekali tidak berbuat
baik kepada orang lain. Ajakan ini hanya ingin agar Anda tak goyah dan
terpengaruh sedikitpun oleh kekejian dan pengingkaran mereka atas semua
kebaikan yang telah Anda perbuat. Dan janganlah Anda pernah bersedih
dengan apa saja yang mereka perbuat.
Berbuatlah kebaikan hanya demi Allah semata, maka Anda akan
menguasai keadaan, tak akan pernah terusik oleh kebencian mereka, dan
tidak pernah merasa terancam oleh perlakuan keji mereka. Anda harus
bersyukur kepada Allah karena dapat berbuat baik ketika orang-orang di
sekitar Anda berbuat jahat. Dan, ketahuilah bahwa tangan di atas itu lebih
baik dari tangan yang di bawah.
{Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk
mengharapkan keridhaan Allah. Kami tidak mengharapkan balasan dari kamu
dan tidak pula (ucapan) terima kasih.}
(QS. Al-Insan: 9)
Masih banyak orang berakal yang sering hilang kendali dan menjadi
kacau pikiranya saat menghadapi kritikan atau cercaan pedas dari orangorang
sekitarnya. Terkesan, mereka seolah-olah belum pernah mendengar
wahyu Ilahi yang menjelaskan dengan gamblang tentang perilaku golongan
manusia yang selalu mengingkari Allah. Dalam wahyu itu dikatakan:
{Tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui
(jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk
(menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang
melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.}
(QS. Yunus: 12)

Anda tak perlu terkejut manakala menghadiahkan sebatang pena
kepada orang bebal, lalu ia memakai pena itu untuk menulis cemoohan
kepada Anda. Dan Anda tak usab kaget, bila orang yang Anda beri tongkat
untuk menggiring domba gembalaannya justru memukulkan tongkat itu ke
kepala Anda. Itu semua adalah watak dasar manusia yang selalu mengingkari
dan tak pernah bersyukur kepada Penciptanya sendiri Yang Maha Agung
nan Mulia. Begitulah, kepada Tuhannya saja mereka berani membangkang
dan mengingkari, maka apalagi kepada saya dan Anda.

Thursday, March 26, 2009

15 MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA

Daripada Ali b Abi Talib r.a Rasulullah saw bersabda: Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turub kepada mereka, iaitu:
1- Apabila harta Negara hanya beredar pada orang2 tertentu.
2- Apabila amanah dijadikan sumber keuntungan.
3- Zakat dijadikan hutang.
4- Suami memperturutkan kehendak isteri.
5- Anak derhaka terhadap ibunya.
6- Sedangkan ia berbaik2 dengan kawannya.
7- Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8- Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9- Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatanya.
10- Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
11- Khamar(arak) sudah diminum di merata tempat
12- Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
13- Para artis disanjung2
14- Muzik banyak dimainkan
15- Generasi akhir umat ini melaknat(menyalahkan) generasi pertama
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain
Hadis riwayat Tarmizi