Cara membendung masalah keruntuhan akhlak
1- Asas pendidikan remaja adalah di rumah. Sekiranya di rumahnya sendiri mereka tidak mendapat asas pendidikan, maka apabila berada di luar rumah sudah tentu payah untuk membentuk peribadi Muslim yang sejati kerana godaan dan pancaroba di luar sana seperti pergaulan dengan rakan-rakan yang jahat, pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan dan sebagainya adalah lebih hebat dan mencabar. Hanya mereka yang mempunyai asas pendidikan Islam dan diwarnai oleh akhlak yang murni yang berpeluang untuk selamat, namun bukan sedikit yang tercicir di pertengahan jalan.
Oleh itu, ajaran Islam telah menentukan cara untuk melahirkan rumah tangga Islam yang sejati, yang akan menumbuhkan tunas-tunas Islam, yang mampu tumbuh menjalar dan membesar dengan sempurna, tidak mampu dihalang dan dicantas oleh gejala maksiat yang bersimpang siur, kiri dan kanan, akan lahirlah pemuda-pemuda dan generasi sebagaimana firman Allah (maksudnya):
Mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, maka kami (Allah) menambahkan kepada mereka dengan hidayah. (Al-Kahfi: 13)
Untuk melahirkan rumah tangga Islam yang sejati, di dalamnya terpancar kecantikan ajaran Islam, maka asas perkahwinan mestilah dibina di atas cita-cita Islam, bukan sekadar untuk memenuhi hawa nafsu. Biarlah pasangan yang mahu berkahwin itu berniat daripada perkahwinan mereka untuk melahirkan zuriat keturunan yang baik yang akan meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w. yang akan dibanggakan oleh Nabi s.a.w. di hadapan para nabi dan rasul yang lain, bukan sahaja kerana jumlahnya yang ramai tetapi juga kerana mereka patuh dan tunduk kepada ajaran Allah SWT. Untuk mencapai tujuan tersebut, mereka yang berkeinginan mendirikan rumah tangga mestilah membuat pilihan pasangan masing-masing melalui kaca mata Islam, bukannya melalui kaca mata nafsu dan bisikan syaitan.
Di dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa seseorang perempuan yang dipilih untuk dijadikan isteri berdasarkan empat sifat:
kerana kekayaannya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Sekiranya semua sifat tersebut tidak ada pada diri seseorang perempuan itu kecuali agamanya, maka sifat beragamanya yang mesti menjadi pilihan.
Pada hari ini, kaum lelaki yang ingin berkahwin dan ibu yang hendak mengahwinkan anak perempuan mereka tidak lagi memberi perhatian terhadap sifat beragama dan berakhlak. Perempuan yang mahu dikahwini itu mungkin dikenali di pusat membeli-belah atau di perhentian bas, di tepi pantai atau di dalam surat khabar melalui iklan mencari jodoh. Mereka menjadikan artis, penyanyi dan pelakon sebagai contoh isteri solehah sedangkan artis itulah perosak utama muda-mudi Islam pada hari ini kerana pakaian dan fesyen mereka menjadi ikutan di kota-kota dan pedalaman.
Sementara ibu bapa pula menerima sahaja lamaran untuk meminang anak gadis mereka tanpa menyelidiki sama ada teruna itu sembahyang, puasa menutup aurat atau tidak. Kita bimbang sekiranya anak gadis kita yang asalnya beragama, menutup aurat, sembahyang dan berakhlak mulia, apabila jatuh ke tangan lelaki yang tidak setia kepada agamanya akan membawa fitnah kepada anak gadis kita.
2- Islam juga mewajibkan ibu bapa mendidik anak dengan pendidikan Islam, mengajar mereka mengenal Tuhan sekalian alam iaitu Allah SWT, mengajar mereka perangai yang baik, akhlak dan kesopanan, mengajar mereka batas-batas halal dan haram dan bersikap tegas kepada anak-anak sekiranya ada timbul bibit-bibit untuk cenderung kepada kejahatan sebelum nasi menjadi bubur.
Firman Allah (maksudnya):
Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada azab api neraka, bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat yang kasar lagi bengis, mereka tidak melanggar perintah Allah ke atas mereka dan mereka lakukan apa yang disuruh. (At-Tahrim: 6)
Allah Taala memerintahkan supaya setiap orang Islam berusaha menyelamatkan diri masing-masing dan ahli keluarga daripada azab api neraka. Bagaimanakah caranya? Caranya ialah dengan beramal menurut ajaran Islam. Suami hendaklah memastikan isteri masing-masing patuh kepada ajaran Islam pada perbuatan, percakapan, berpakaian dan melakasakan apa yang diwajibkan oleh Allah Taala dan meninggalkan apa yang dilarang.
3- Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan tingkah laku anak-anak mereka. Menjadi kewajipan untuk bertanya ke manakah mereka keluar, dengan siapa, bila akan pulang dan pelbagai soalan berkaitan. Jangan membiarkan anak-anak melakukan apa yang mereka suka walaupun melanggar batas agama.
Betapa ramai anak-anak yang tidak bersembahyang kerana berkawan 24 jam, pulang ke rumah untuk tidur dan makan. Betapa ramai anak-anak yang terjebak dengan ketagihan dadah dan ganja, pil khayal dan ubat batuk kerana terpengaruh dengan kawan-kawan. Pada asalnya cuma untuk cuba-cuba tetapi apabila sudah ketagih tidak lagi pulang ke rumah siang dan malam. Anak-anak gadis sudah pandai berkawan dengan lelaki walaupun masih bersekolah menengah. Anak gadis diarak ke hulu ke hilir dengan motosikal oleh lelaki yang bukan suaminya, sudah menjadi perkara biasa di dalam masyarakat. Ibu bapa tidak lagi mampu berbuat apa-apa, sekadar memerhatikan sahaja gelagat anak muda mereka.
4- Anak pinak adalah harta penting yang dikurniakan oleh Allah. Jika seseorang itu bekerja bersungguh-sungguh untuk mencari sesuap nasi sedangkan rezeki esok hari belum dapat dipastikan lagi, mengapakah kita mensia-siakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah yang berupa anak sedangkan anak itu sendiri akan menjadi pesaka yang amat berharga apabila mati kelak, sekiranya anak itu menjadi anak yang soleh.
Sabda Nabi s.a.w. (maksudnya): Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali daripada tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.
Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam di dalam membina rumah tangga. Suami yang baik dijadikan untuk isteri yang baik, akan melahirkan pula anak-anak yang soleh, yang akan menjadi harta yang tidak ada galang ganti, bermanfaat semasa hidup dan sesudah mati. Itulah benteng yang yang paling kukuh untuk menghadapi kerosakan akhlak muda mudi masa ini.
Wednesday, December 10, 2008
Thursday, October 23, 2008
Sekadar berkongsi
Assalamualaikum sahabat semua ..
pertame sekali mintak maaf pasal tak dapat datang ke majlis rumah terbuka weekend lepas .. tuntutan berkerja yg tak dpt dielakkan ..... jgn serik pulak nak jemput kawan2 lain yg sudi utk dtg rumah terbuka korang .. hehe... ucapan terima kasih kerana kesudian anda semua yg membuat rumah terbuka ... at least ade jugak gathering kecil kecilan sesame kite ..
skarang sudah menghampiri ke penghujung syawal .. sesape yg tak habis puase sunat 6 ... mungkin sempat lagik kot (aku pon nasihatkan diri aku yg tak terbuat sehari pon lagik .. :-P) ..
akhir kata .... sudilah utk berkongsi video klips dari gabungan kumpulan nasyid malaysia ... lagu keamanan ..

Thursday, October 16, 2008
Open House DATANG LAGIKK !!
Assalamualaikum kawan2...
Ade 2 pengumuman utk open house weekend ni ...
yg pertame ... Mr Azlan Kamal & Family
Date : 17 Oct (Jumaat)
Waktu : 2 PM - 9 PM
Ala,at : Kat area KG Cheras baru kot tak silap aku ...
Lauk dan Sajian : aku tak tau .....
yg no 2 plak .. sedari Maria yg baik hati
Date : 18 Oct (Sabtu)
Waktu : die habaq .. tengah hari ...
Lauk pauk dan sajian : ade la makan2 sikit die cakap...
Alamat : Blok 10, Tingkat 3 B, Kampung Kastam, Port Klang.
Marilah beramai ramai kite memeriahkan hari terbuka sempena sambutan aidilfitri ini ... sesape nak pi .. sile konfirm kan bole la message kat Chatbox MUC tuh k ....

Tuesday, October 7, 2008
Salam Aidilfitri dari MUC 95 99
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua MUC 95 - 99
- Mungkin akan diadakan satu majlis perjumpaan kecil kecilan sesame kite tapi tak dapat di confirmkan lagi bila dan di mana.
- Kami sedang mengusahakan majlis tersebut .. so rajin-rajinlah menjenguk blog ini utk update terkini.
P/S - Sesiapa yg nak adakan open house .. boleh announce kat sini .. just emel kat aku (millenium_re4mer@yahoo.com) atau inform saudara Khairul Anwar Zamani.

Thursday, September 11, 2008
Majlis Berbuka Puasa Alumni MUC
Tarikh : 20hb Sept 08 (Sabtu) Masa : 5 ptg
Tempat :Dewan Symphony, KL Sentral
Attire : Baju Batik ( Lelaki ) @ formal ( Sesuai dgn Majlis ) & Baju Tradisional ( Perempuan ) @ formal ( Sesuai dgn Majlis )
Payment Method
Bank : Maybank

Bayaran : RM50 Per Pax ( Anak-anak Percuma )
Confirmation : Sebelum 14 September (Max 100 seat)
Payment Method
Bank : Maybank
Acc Name: Mohd Shamsul Bakhtiar
MyNo Acc: 1540 6254 0880
Note: sila SMS no transaction tuk confirmation (019-36 35 34 9)
Tuesday, September 2, 2008
MAXIMA KAN IBADAH KITA WAHAI SAHABATKU
Kesempurnaan Ramadhan
Berasal Dari Perkataan (رَمِضَى ) Iaitu Bersangatan Panas. Sesuai Dengan Suasana Bulan Ramadhan Yang Sangat Panas. Dikatakan Juga Sangat Panas Hingga Menghapuskan Dosa. Namun Pendapat Ini Ditolak Oleh Khatib Syarbini Kerana Dinamakan Ramadhan Sebelum Disyariatkan Islam Lagi. Ramadhan Adalah Bulan Yang Terafdhal Sebagaimana Hari Yang Terafdhal Adalah Hari Arafah.
Di dalam Al-Quran disebutkan : baqarah 183
يُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَام كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُم لَعَلَّكُم تَتَّقُوْنَ يَأَ
Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat yang terdahulu moga-moga kamu bertaqwa.
Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa antara matlamat terbesar daripada amalan berpuasa adalah untuk membentuk peribadi yang bertaqwa kepada Allah. Maka perlu bagi kita melihat kembali ke dalam diri sendiri apakah tahap ketaqwaan kita terhadap Allah pada masa ini melebihi daripada ketika kita menyambut ketibaan Ramadhan tempoh hari. Ramadhan mempunyai terlalu banyak hikmah yang tersembunyi. Marilah kita cuba menilai satu persatu hikmah tersebut apakah telah kita capai atau sebaliknya. Di antara hikmah yang diketahui ialah berpuasa dapat menyihatkan badan dan mencegah daripada penyakit yang berpunca daripada perut. Sesuailah dengan sabda Rasulullah :
Ertinya : Seburuk-buruk bekas apabila dipenuhkan adalah perut.
Kita sebagai umat Islam mempunyai kaedah diet tersendiri yang paling agung untuk diamalkan sebagaimana sabda Rasulullah :
Ertinya : Kami adalah satu kaum yang mana kami tidak makan sehingga kami benar-
benar lapar dan apabila kami makan kami tidak makan sehingga kenyang.
Hikmah yang kedua ialah menyedarkan tentang nikmat Allah supaya kita sentiasa dalam keadaan bersyukur. Sebagaimana firman Allah :
ertinya : Jika sekiranya kamu bersyukur maka aku)ALLAH) akan tambah nikmatku kepadamu dan jika kamu kufur nikmat maka sedarlah bahawa azabku amat pedih.
Apakah kita telah benar-benar menyedari betapa besarnya nikmat Allah yang dikurniakan kepada kita. Kita sebenarnya hanya sedar tentang sesuatu nikmat jika kita kehilangan nikmat tersebut. Itupun baru nikmat makan, minum dan hubungan kelamin suami isteri. Sebab itulah ramai yang kerana kesedaran itu lalu menunjukkan kesyukuran dengan menggunakan sepenuhnya nikmat yang ada. Mungkin takut berlaku pembaziran maka terpaksalah membeli semua jenis makanan yang dijual.
Imam ghazali dalam Ihya’ Ulumuddain membahagikan peringkat orang yang berpuasa kepada 3 iaitu :
1. Puasa umum
2. Puasa khusus
3. Puasa khususul khusus
Peringkat pertama adalah orang yang berpuasa dengan cara yang paling mudah dan hanya melengkapkan syarat sah sahaja. Mereka hanya mengelak daripada perkara yang membatalkan puasa. Anggota lahir dan batinnya masih tidak dapat dikawal.
Peringkat kedua adalah mereka yang dikenali sebagai al-muflihun
( مفلسون ) ataupun al-faizun ( فائزون ). Mereka ini dapat mengawal anggota lahir dan batin dari melakukan perkara yang dikeji oleh Allah. Namun demikian mereka masih tidak dapat melupakan perkara dunia yang halal dan harus daripada hati kecil mereka. Dan ini tidak mendatangkan dosa dan mencacatkan pahala puasa mereka walaupun dianggap dosa bagi golongan ketiga.
Peringkat yang tertinggi ialah golongan muqarrabin yang terlalu hampir dengan Allah. Mereka lupa kepada segala kesenangan dunia yang lebih banyak melalaikan dari mengingati Allah. Kesan puasa mereka jelas kelihatan dengan semakin bertambahnya amal ibadat, semakin pemurah untuk berbelanja di jalan Allah dan sebagainya. Maka apakah kita yang telah bertahun-tahun berpuasa hanya ingin terus berada pada tahap yang pertama. Apakah kita tidak mahu membebaskan diri kita daripada golongan yang disebutkan oleh Rasulullah :
كََمْ مِنْ صَائِمٌ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلاَّ الْجَوْعِ وَ الْعَطَشِ
Ertinya : Berapa ramai orang yang berpuasa sedangkan tidak ada apa yang diperolehi
dari puasanya kecuali lapar dan dahaga.
Segala kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan bukanlah bermakna kita hanya menumpukan ibadat kita hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Tetapi hanyalah sebagai perangsang untuk kita memulakan satu titik perubahan ke arah yang lebih baik. Sabda Rasulullah yang bermaksud :
Sekiranya umatku mengetahui kebaikan yang ada didalam Ramadhan nescaya mereka akan menginginkan agar sepanjang tahun adalah Ramadhan.
hafez ardhi..

Monday, September 1, 2008
Ahlan Wasahlan Ramadahan Al Mubarak
Assalamualaikum ..
Rakan2 dan Sahabat seperjuangan .. Semoga Ramadhan ini membawa perubahan di dalam jiwa dan kehidupan seharian kita. Insya Allah, keberkatan ramadhan ini akan memberi ketenangan ke dalam jiwa kita di dalam menghadapi onak dan duri kehidupan mendatang.
Insya Allah, mungkin MUC 95 - 99 akan cube mengadakan majlis kecil kecilan utk bersama sama berbuka puase. Segala update atau maklumat tentang majlis ini akan di umumkan di dalam blog ini
Akhir kata .... jgn ponteng puase nooooooo kalau tak uzur .. heheh

Subscribe to:
Posts (Atom)