Thursday, September 11, 2008

Majlis Berbuka Puasa Alumni MUC

Tarikh : 20hb Sept 08 (Sabtu)
Masa : 5 ptg
Tempat :Dewan Symphony, KL Sentral
Attire : Baju Batik ( Lelaki ) @ formal ( Sesuai dgn Majlis ) & Baju Tradisional ( Perempuan ) @ formal ( Sesuai dgn Majlis )

Bayaran : RM50 Per Pax ( Anak-anak Percuma )
Confirmation : Sebelum 14 September (Max 100 seat)

Payment Method

Bank : Maybank
Acc Name: Mohd Shamsul Bakhtiar
MyNo Acc: 1540 6254 0880
Note: sila SMS no transaction tuk confirmation (019-36 35 34 9)

Tuesday, September 2, 2008

MAXIMA KAN IBADAH KITA WAHAI SAHABATKU

Kesempurnaan Ramadhan

Berasal Dari Perkataan (رَمِضَى ) Iaitu Bersangatan Panas. Sesuai Dengan Suasana Bulan Ramadhan Yang Sangat Panas. Dikatakan Juga Sangat Panas Hingga Menghapuskan Dosa. Namun Pendapat Ini Ditolak Oleh Khatib Syarbini Kerana Dinamakan Ramadhan Sebelum Disyariatkan Islam Lagi. Ramadhan Adalah Bulan Yang Terafdhal Sebagaimana Hari Yang Terafdhal Adalah Hari Arafah.
Di dalam Al-Quran disebutkan : baqarah 183
يُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَام كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُم لَعَلَّكُم تَتَّقُوْنَ يَأَ
Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat yang terdahulu moga-moga kamu bertaqwa.
Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa antara matlamat terbesar daripada amalan berpuasa adalah untuk membentuk peribadi yang bertaqwa kepada Allah. Maka perlu bagi kita melihat kembali ke dalam diri sendiri apakah tahap ketaqwaan kita terhadap Allah pada masa ini melebihi daripada ketika kita menyambut ketibaan Ramadhan tempoh hari. Ramadhan mempunyai terlalu banyak hikmah yang tersembunyi. Marilah kita cuba menilai satu persatu hikmah tersebut apakah telah kita capai atau sebaliknya. Di antara hikmah yang diketahui ialah berpuasa dapat menyihatkan badan dan mencegah daripada penyakit yang berpunca daripada perut. Sesuailah dengan sabda Rasulullah :

Ertinya : Seburuk-buruk bekas apabila dipenuhkan adalah perut.
Kita sebagai umat Islam mempunyai kaedah diet tersendiri yang paling agung untuk diamalkan sebagaimana sabda Rasulullah :

Ertinya : Kami adalah satu kaum yang mana kami tidak makan sehingga kami benar-
benar lapar dan apabila kami makan kami tidak makan sehingga kenyang.

Hikmah yang kedua ialah menyedarkan tentang nikmat Allah supaya kita sentiasa dalam keadaan bersyukur. Sebagaimana firman Allah :

ertinya : Jika sekiranya kamu bersyukur maka aku)ALLAH) akan tambah nikmatku kepadamu dan jika kamu kufur nikmat maka sedarlah bahawa azabku amat pedih.

Apakah kita telah benar-benar menyedari betapa besarnya nikmat Allah yang dikurniakan kepada kita. Kita sebenarnya hanya sedar tentang sesuatu nikmat jika kita kehilangan nikmat tersebut. Itupun baru nikmat makan, minum dan hubungan kelamin suami isteri. Sebab itulah ramai yang kerana kesedaran itu lalu menunjukkan kesyukuran dengan menggunakan sepenuhnya nikmat yang ada. Mungkin takut berlaku pembaziran maka terpaksalah membeli semua jenis makanan yang dijual.
Imam ghazali dalam Ihya’ Ulumuddain membahagikan peringkat orang yang berpuasa kepada 3 iaitu :
1. Puasa umum
2. Puasa khusus
3. Puasa khususul khusus
Peringkat pertama adalah orang yang berpuasa dengan cara yang paling mudah dan hanya melengkapkan syarat sah sahaja. Mereka hanya mengelak daripada perkara yang membatalkan puasa. Anggota lahir dan batinnya masih tidak dapat dikawal.
Peringkat kedua adalah mereka yang dikenali sebagai al-muflihun
( مفلسون ) ataupun al-faizun ( فائزون ). Mereka ini dapat mengawal anggota lahir dan batin dari melakukan perkara yang dikeji oleh Allah. Namun demikian mereka masih tidak dapat melupakan perkara dunia yang halal dan harus daripada hati kecil mereka. Dan ini tidak mendatangkan dosa dan mencacatkan pahala puasa mereka walaupun dianggap dosa bagi golongan ketiga.
Peringkat yang tertinggi ialah golongan muqarrabin yang terlalu hampir dengan Allah. Mereka lupa kepada segala kesenangan dunia yang lebih banyak melalaikan dari mengingati Allah. Kesan puasa mereka jelas kelihatan dengan semakin bertambahnya amal ibadat, semakin pemurah untuk berbelanja di jalan Allah dan sebagainya. Maka apakah kita yang telah bertahun-tahun berpuasa hanya ingin terus berada pada tahap yang pertama. Apakah kita tidak mahu membebaskan diri kita daripada golongan yang disebutkan oleh Rasulullah :
كََمْ مِنْ صَائِمٌ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلاَّ الْجَوْعِ وَ الْعَطَشِ
Ertinya : Berapa ramai orang yang berpuasa sedangkan tidak ada apa yang diperolehi
dari puasanya kecuali lapar dan dahaga.

Segala kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan bukanlah bermakna kita hanya menumpukan ibadat kita hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Tetapi hanyalah sebagai perangsang untuk kita memulakan satu titik perubahan ke arah yang lebih baik. Sabda Rasulullah yang bermaksud :

Sekiranya umatku mengetahui kebaikan yang ada didalam Ramadhan nescaya mereka akan menginginkan agar sepanjang tahun adalah Ramadhan.

hafez ardhi..

Monday, September 1, 2008

Ahlan Wasahlan Ramadahan Al Mubarak

Assalamualaikum ..

Rakan2 dan Sahabat seperjuangan .. Semoga Ramadhan ini membawa perubahan di dalam jiwa dan kehidupan seharian kita. Insya Allah, keberkatan ramadhan ini akan memberi ketenangan ke dalam jiwa kita di dalam menghadapi onak dan duri kehidupan mendatang.

Insya Allah, mungkin MUC 95 - 99 akan cube mengadakan majlis kecil kecilan utk bersama sama berbuka puase. Segala update atau maklumat tentang majlis ini akan di umumkan di dalam blog ini

Akhir kata .... jgn ponteng puase nooooooo kalau tak uzur .. heheh