Thursday, March 26, 2009

15 MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA

Daripada Ali b Abi Talib r.a Rasulullah saw bersabda: Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turub kepada mereka, iaitu:
1- Apabila harta Negara hanya beredar pada orang2 tertentu.
2- Apabila amanah dijadikan sumber keuntungan.
3- Zakat dijadikan hutang.
4- Suami memperturutkan kehendak isteri.
5- Anak derhaka terhadap ibunya.
6- Sedangkan ia berbaik2 dengan kawannya.
7- Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8- Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9- Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatanya.
10- Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
11- Khamar(arak) sudah diminum di merata tempat
12- Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
13- Para artis disanjung2
14- Muzik banyak dimainkan
15- Generasi akhir umat ini melaknat(menyalahkan) generasi pertama
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain
Hadis riwayat Tarmizi

No comments: